Wednesday, 26 October 2011

Aku Ingin Berubah

     


   Ramai orang kata yang perubahan itu susah dan aku bersetuju dengan mereka, tetapi bagi aku, jika kita anggap perubahan itu susah, xperlulah kita mencanang bahawa ingin berubah, sedangkan tiada sebarang perubahan dalam diri kita. sebaliknya, lebih baik kita berubah terlebih dahulu dan biarlah perubahan kita itu dinilai oleh orang lain. 
      Tetapi, ramai orang sekarang lebih suka mencanang( memberitahu semua orang) bahwa dia ingin berubah. Ini sesuatu yang bagus jika dia inginkan sokongan daripada kawan2 untuk membantunya berubah kearah yang lebih baik. Bagaimana pula dengan orang yang ingin berubah sekadar untuk mendapatkan perhatian atau belas kasihan daripada orang lain. Mereka-mereka ini semestinya menghebahkan secara besar-besaran bahawa mereka ingin berubah hanya kerana menginginkan perhatian orang lain. Namun adakah mereka benar-benar berubah atau tiada sedikitpun perubahan yang berlaku pada mereka.
     Bagi aku, xksahlah atas tjuan apa pun kita berubah, yang penting pastikan perubahan kita itu perubahan yang baik dan bukannya perubahan yang akan membawa kita kearah kesesatan dan kemungkaran.
  Semoga kita semua kan dapat berubah kearah yang lebih baik supay hidup akan lebih diberkati oleh Allah..
    
“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan jika kaum itu berusaha untuk mengubah apa yang ada di dalam dirinya” Ar-Ra’d ayat 11.

No comments:

Post a Comment