Adakah kita seorang Islam????
Pernahkah kita terfikir...
Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi
menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian.
Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup
kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang
berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan
Allah yang kita cari.
Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada
kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!!
Tanda kemurkaan Allah!!
Adakah kita benar-benar seorang Islam????
Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa
kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha
dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak,
rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada
pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.
Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya
di sisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau
sedetik sekalipun. Hassan Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita
masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam
anjuran Islam.
Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana Zain
.. ??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita
berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita
sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai
manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!
Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,
Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita
sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya
Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa,
kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa
banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???
Apakah kita begitu yakin utk menempuh akhirat????
Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri
kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya utk menjauhkan diri dari
perbuatan mungkar.
Kita pergi kuliah, pergi kerja ...
** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kitaa solat ...
** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ...
** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ...
** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti
yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ...
** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...
** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah
kubur?
Kita berpuasa ...
** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di
hari akhirat?
Kita sihat ...
** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ...
** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat
kesihatan?
Siapa Kita????
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
Betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke
dalam NERAKA yang paling JAUH...... sejauh bintang Surayya...
Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh
sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!
Siapa kita????
Kita adalah hambaNya.
Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment