Saturday, 2 February 2013

Akhlak.. Beramal dengan Ilmu

Ada kisah menyebut...

Ada seorang penuntut ilmu dalam keraguan samada ingin memasuki kelas A atau kelas B. Dia melihat dua kelas yg berbeza. Kelas A mngatakan mereka belajar al-Quran dan hadis, kelas B pun mngatakan mereka juga belajar al-Quran dan hadis. 

pemuda ini kebingungan hendak pergi ke kelas A atau B.
Kemudian dia pergi kpd seorang soleh untuk mmbuat pilihan baginya.

Org soleh itu berkata "aku akan bawa kamu pergi kedua-dua kelas ini"

mereka berdua masuk ke kelas A dan berdiri.

mereka berdua berdiri di kmpln pertama dan ketika itu syeikh sdg mngajar.

ketika mana syeikh itu melihat mereka sedang berdiri, syeikh berkata "duduk!!! kenapa kamu berdiri?"

org soleh berkata"aku tak nak duduk di kelas kamu ini"

syeikh berkata "kenapa kamu tak nak duduk?"

dia berkata "Dalam hati aku ada tidak puas hati dgn kamu"

syeikh mmbalas " dan aku juga sangat2 tak puas hati dengan kamu, keluar syaitan, jgn kamu merosakkan kelas ini"

kemudian mereka keluar dan masuk ke kelas B juga dlm keadaan berdiri.

ketika dlm kelas itu, syeikh trpndang mreka yg berdiri dan berkata "mngapa kamu berdua tidak dduk?"(perbezaan dgn yg td duduk!!! dgn "mngapa kamu tidak duduk?")

kemudian org soleh itu berkata"aku tak nak duduk dalam kelas kamu ini"

syeikh berkata "kenapa?"

org soleh berkata "aku ada tak puas hati dgn kamu"

lantas syeikh itu menutup wajahnya lalu beristighfar berkata " Sesungguhnya bagi Allah sahaja kami kembali pengampunan Allah dan bertaubat kpdNya, mgkin Allah tlh mmbukakan kpd kamu keaiban aku yg tlh disembunyikan, aku memohon pengampunan Allah dan bertaubat kpd-Nya"

dan syeikh terus menangis..

org soleh itu menoleh kpd pemuda yg brtnya padanya dan berkata "ha.. kelas mana yg kamu nak duduk?, A atau B"

p/s: sesungguhnya kriteria org yg soleh itu jelas kelihatan pd akhlak org yg soleh.

org yg mngajarkan peraturan, mestilah yg paling berperaturan.

orang yg mngajarkan pedagogi, pastilah dia yg paling berpedagogi.

barulah dia dikira beramal dgn ilmunya..

sekian...

Friday, 1 February 2013

Azan


Apa kita rasa bila mendengar laungan azan?

Rasa biasa?
Rasa terpanggil untuk prgi solat?
Dengar je.. Lepas tu smbg buat kja balik..
Atau 
Tidak mengendahkan dan teruskan dengan perbualan di kedai2 mkn.. Di pasaraya2..

Kalau begitu.. Bagaimana pula perasaan kita apabila mendengar lafaz "Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah"
(Aku bersaksi bahawa nabi Muhammad pesuruh Allah)

Saidina bilal saat ingin melafazkannya.. Menangis teresak-esak hingga tak mampu meneruskan azannya.

Ini cinta seorang sahabat. Bagaimana dengan kita yg mengaku cinta pada mulut.. Tapi tiada mengaku pada perbuatan dan akhlak. Tidak amalkan sunnahnya..

Allahumma salli a'la saidina muhammad
Allahumma salli a'la saidina muhammad
Allahumma salli a'la saidina muhammad


Wednesday, 28 March 2012

Sehari bersama kanak-kanak di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti



Sesungguhnya anak itu umpama kain putih ketika dilahirkan, ibu bapa yang ditugaskan membentuk dan mencorak masa hadapan kanak-kanak ini. Tapi sayangnya, kanak-kanak di Rumah Kanak – kanak Taman Bakti ini tidak mempunyai semua itu. Mereka samaada ditinggalkan sejak dilahirkan atau  dihantar ketika baru hendak mula mengenal dunia. Malahan ada antara mereka, yang masih mempunyai ibu bapa tetapi ditinggalkan dek kerana masalah keluarga yang ibu dan bapa mereka hadapi. Walau Bagaimanapun, semua ini adalah ketentuan Allah. Kita sebagai hamba Allah hanya mampu redha dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana diriku ini terpilih untuk dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan bahagia. Seketika diri ini terasa begitu bertuah tatkala membandingkan diri dengan kanak-kanak di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti itu. Ketika tiba disitu, kelihatan riak wajah ceria kanak-kanak yang belum mengenal erti dunia. Tetapi disebalik keceriaan itu, terselit seribu kesedihan. Namun, perkara ini adalah lumrah bagi insan yang bergelar kanak-kanak. Mereka sentiasa ceria tanpa mengira kesedihan disebalik mereka.
Pada waktu pagi ketika matahari mula menjengah alam ini, kami mulakan usaha murni kami dengan aktiviti fizikal iaitu senam robik. Aktiviti ini diketuai oleh Hafizzi. Ketika ini, kanak-kanak kelihatan tidak sabar untuk memulakan aktiviti ini. Namun terdapat beberapa orang kanak-kanak yang masih kebingungan dengan apa yang akan dilaluinya pada hari ini. Setelah bermulanya aktiviti senamrobik mereka mula tertarik bagi mengikuti apa yang berlaku. Mungkin ini disebabkan tertarik dengan lagu yang mengiringi senamrobik itu, sehinggakan mereka mengikuti bait-bait lagu yang dikumandangkan. Semua kanak-kanak mengikut pergerakkan yang ditunjukkan dengan penuh minat. Seketika aku bermonolog didalam diri “mereka ini kanak-kanak yang mulia, semoga aku dapat mengikhlaskan diri memberikan kegembiraan kepada mereka”.
Kemudian, kami meneruskan program kami dengan aktiviti ‘ice breaking’ iaitu bagi membahagikan kanak-kanak ini kepada beberapa kumpulan. Aktiviti ini dilakukan di dalam dewan Rumah Kanak-kanak Taman Bakti. Sepanjang aktiviti ini, kanak-kanak diberikan dua orang pelajar guru sebagai fasilitator yang akan bersama mereka sepanjang program ini. Di permulaan suai kenal dengan kanak-kanak ini, sedikit rasa kekok kerana tidak tahu bagaimana ingin memulakan topic perbualan kerana ditakuti tersilap cakap sesuatu yang akan menyakiti hati mereka. Namun, digagahkan juga diri ini dengan memperkenalkan diri “ Nama abang Mohd Azizi Bin Mat Arshad @ Hashim” dan memulakan dengan sesi suai kenal dengan semua ahli kumpulan. Seketika mendengar mereka memperkenalkan nama, diri ini berfikir, mereka semua memperkenalkan nama pendek mereka sahaja, tiada bin dan binti. Mungkin kebetulan tidak menyebut atau ada kisah disebaliknya, saya hanya mendiamkan diri. Kemudian, Azrie yang bertugas sebagai pengacara pada hari itu menarik perhatian semua kanak-kanak ini dengan aktivitinya. Aktiviti ini berterusan selama 20 minit. Sepanjang aktiviti ‘ice breaking’ ini saya dapat mempelajari banyak perkara termasuklah menyelami hati kanak-kanak yang mempunyai cerita sedih disebalik keceriaan mereka. Namun, terdapat sedikit kelemahan semasa menjalankan aktiviti ini, antaranya ialah pembahagian kumpulan tidak dilakukan dengan sekata antara lelaki dengan perempuan. Ini menyebabkan ada kumpulan yang mempunyai ramai lelaki dan ada yang mempunyai ramai perempuan. Ini akan menyukarkan fasilitator untuk mengawal mereka.
Selesai sahaja sesi suai kenal ini, kami terus membawa kanak-kanak ke aktiviti yang seterusnya iaitu sukaneka. Kanak-kanak ini sedikit teruja kerana disogokkan dengan hadiah yang akan diperolehi jika memenangi sukaneka ini. Mereka bersungguh-sungguh bermain setiap sukan dengan sepenuh kudrat yang mereka ada. Namun disebalik keceriaan ini terselit sedikit masalah kerana terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak mahu mengikuti aktiviti yang kami jalankan. Tetapi, perkara itu tetap tidak menghalang kelancaran aktiviti ini. Setelah selesai aktiviti ini, jelas kelihatan kepuasan pada riak wajah kanak-kanak itu. Namun disebalik kelancaran aktiviti ini, terselit sedikit kekurangan yang harus diperbaiki. Yang pertamanya ialah mengenai pengurusan sukaneka, ketika menjalankan sukaneka ini urusetia yang mengawal sukaneka ini kurang mesra dengan kanak-kanak ini menyebabkan mereka kurang memberi perhatian terhadap penerangan yang diberikan. Namun begitu, pujian harus diberikan kepada urusetia ini kerana dapat menyediakan aktiviti yang menarik kepada kanak-kanak ini. Secara keseluruhannya, semua kanak-kanak terhibur dengan aktiviti sukaneka yang dijalankan.
Selesai aktiviti sukaneka, kanak berkejaran masuk kedalam dewan untuk majlis penyampaian hadiah. Masing-masing kelihatan tidak sabar mengetahui keputusan sukaneka yang mereka tempuhi tadi. Kanak-kanak kelihatan gembira apabila menerima hadiah yang diberikan. Namun perkara yang harus diperbaiki ketika aktiviti ini ialah ketika fasilitator membahagikan hadiah. Suasana ketika itu sedikit kelam-kabut kerana kanak-kanak berebut untuk mendapatkan hadiah yang kumpulan mereka perolehi. Seharusnya, fasilitator harus membahagi dengan lebih terkawal supaya kanak-kanak akan lebih terkawal.
Seterusnya, diri ini juga dapat mempelajari erti sebuah pengetahuan melalui aktiviti “ demonstrasi ‘discrepant event’” yang dijalankan. Bagi kami semua, aktiviti yang kami jalankan sudah biasa bagi kami. Namun, bagi kanak-kanak itu, mereka begitu teruja melihat apa yang kami tunjukkan kerana perkara itu baru bagi mereka. Inilah nilai sebuah pengetahuan, mungkin biasa bagi insan lain, tetapi bernilai bagi insan yang lain. Selain itu, kelemahan yang dapat dikenalpasti daripada aktiviti ini ialah masa yang terlalu singkat dan pergerakkan kanak-kanak yang berterabur. Ini menyebabkan aktiviti ini kelihatan sedikit tidak teratur. Namun secara keseluruhannya, aktiviti ini banyak memberikan input dan output samada kepada kanak-kanak atau semua pelajar guru.
Sampai dipenghujung program ini, rata-rata pelajar guru mula merasa sedih kerana mengetahui yang mereka akan meninggalkan kanak-kanak ini nanti. Namun apa yang dapat dipelajari ialah ikatan yang wujud antara kanak-kanak ini dengan pelajar guru umpama abang atau kakak dengan adik. Begitulah ikatan yang dapat dilihat sepanjang program ini. Semoga kanak-kanak ini akan mengambil pelajar guru sebagai role model supaya mereka berjaya suatu masa kelak.
Sesungguhnya, keseluruhan program ini mengajar erti sebuah kehidupan kepada semua pelajar guru supaya lebih menghargai keluarga yang mereka perolehi. Disamping kebahagiaan yang mereka kecapi.

Wednesday, 26 October 2011

Siapa Sebenarnya Kita?


Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.
"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"
Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"
Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..
Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.
Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.
"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.
Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.
"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."
"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.
"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.
Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...


Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

"Adakah Kita Seorang Islam?"


 Peringatan buat diriku yang sering lupa........ 


    Adakah kita seorang Islam???? 


    Pernahkah kita terfikir... 


    Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi 
menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. 
Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup 
kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang 
berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan 
Allah yang kita cari. 


    Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada 
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, 
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada 
kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! 
Tanda kemurkaan Allah!! 


    Adakah kita benar-benar seorang Islam???? 


    Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa 
kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha 
dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, 
rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada 
pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan 
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. 


    Adakah kita yakin kita seorang Islam??? 


    Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya 
di sisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau 
sedetik sekalipun. Hassan Basri pula menangis sampai berjujuran airmata 
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita 
masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam 
anjuran Islam. 


    Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana Zain 
.. ??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. 
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita 
berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita 
sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai 
manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! 


    Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? 


    Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih 
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat, 
Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita 
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal 
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan 
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita 
sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya 
Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, 
kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa 
banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? 
    Apakah kita begitu yakin utk menempuh akhirat???? 


    Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. 
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri 
kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya utk menjauhkan diri dari 
perbuatan mungkar. 


    Kita pergi kuliah, pergi kerja ... 
            ** kita yakin kita telah menutup aurat? 
    Kitaa solat ... 
            ** kita yakin solat kita tidak tercela? 
    Kita makan ... 
            ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? 
    Kita minum ... 
            ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti 
yang kita minum   sekarang? 
    Kita ketawa ... 
            ** kita tidak malu pada Allah? 
    Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... 
            ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah 
kubur? 
    Kita berpuasa ... 
            ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di 
hari akhirat? 
    Kita sihat ... 
            ** kita yakin Allah muliakan kita? 
    Kita sakit ... 
            ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat 
kesihatan? 
    Siapa Kita???? 
    Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. 
Betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. 
Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke 
dalam NERAKA yang paling JAUH...... sejauh bintang Surayya... 


    Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh 
sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. 
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!! 


    Siapa kita???? 
        Kita adalah hambaNya. 



Wallahu'alam 

Aku Ingin Berubah

     


   Ramai orang kata yang perubahan itu susah dan aku bersetuju dengan mereka, tetapi bagi aku, jika kita anggap perubahan itu susah, xperlulah kita mencanang bahawa ingin berubah, sedangkan tiada sebarang perubahan dalam diri kita. sebaliknya, lebih baik kita berubah terlebih dahulu dan biarlah perubahan kita itu dinilai oleh orang lain. 
      Tetapi, ramai orang sekarang lebih suka mencanang( memberitahu semua orang) bahwa dia ingin berubah. Ini sesuatu yang bagus jika dia inginkan sokongan daripada kawan2 untuk membantunya berubah kearah yang lebih baik. Bagaimana pula dengan orang yang ingin berubah sekadar untuk mendapatkan perhatian atau belas kasihan daripada orang lain. Mereka-mereka ini semestinya menghebahkan secara besar-besaran bahawa mereka ingin berubah hanya kerana menginginkan perhatian orang lain. Namun adakah mereka benar-benar berubah atau tiada sedikitpun perubahan yang berlaku pada mereka.
     Bagi aku, xksahlah atas tjuan apa pun kita berubah, yang penting pastikan perubahan kita itu perubahan yang baik dan bukannya perubahan yang akan membawa kita kearah kesesatan dan kemungkaran.
  Semoga kita semua kan dapat berubah kearah yang lebih baik supay hidup akan lebih diberkati oleh Allah..
    
“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan jika kaum itu berusaha untuk mengubah apa yang ada di dalam dirinya” Ar-Ra’d ayat 11.

Tuesday, 21 June 2011

Adab dengan Ibu

Lihat kedua2 situasi ini… adakah ada kaitan dengan diri kita atau sesiapa sahaja…
Situasi 1
Ali keluar dari biliknya lalu menuju kepada maknya di ruang tamu rumah
Anak : mak… Ali nak keluar kejap..
Mak : keluar pg mana?
Anak : Rumah kawan.
Mak : kawan yang mna?
Anak : anak Pak Ahmad, kawan Abah..
Mak : owh.. Pak Ahmad kampung sebelah 2.. oklah, tp jgan balik lewat tau
Anak : baik mak..

Situasi 2
Mak melihat Ali  yg berjalan keluar dari biliknya menuju ke pintu depan rumah…
Mak : eh.. Ali nak pg mna 2?
Anak : kluar…
Mak : kluar pg mna?
Anak : ade la, rumah kawan… klau bgtau pun mak bukannya knal..
Mak : pg sorg je ke?
Anak : ish… mak ni banyak tnya plak… org nak kluar je pun..
Mak : hurm…..xpela.. tp jgan blik lewat tau
Anak :  yelah2, tau la… Ali ni bkan bdak kecik lagi..

Ini hanyalah rekaan semata-mata sebagai satu teguran…. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yg telah mati…..


perbandingan sekadar untuk menunjukkan perbezaan diantara seoarang anak yang bercakap baik dengan ibunya dan anak yang bercakap kasar dengan ibunya.



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me